OWNER MEMBERS

klik klik en nuff


ShoutMix chat widget

PERANCANGAN DAN PEREKRUTAN SUMBER MANUSIA

BAB 4.0 : PERANCANGAN DAN PEREKRUTAN SUMBER MANUSIA


4.1       PENGENALAN

Perancangan memainkan peranan penting dalam pengurusan sumber manusia. Ia perlulah dilihat sebagai sama pentingnya dengan  pengurusan sumber-sumber lain organisasi seperti   sumber modal dan kewangan. Selama ini pengurus terlalu mengambil berat perancangan keperluan modal dan kewangan organisasi, hanya kebelakangan ini mereka mula menyedari kelebihan bersaing boleh dicapai dengan adanya perancangan sumber manusia yang cekap dan berkesan melalui sumber manusia yang berkemahiran tinggi.


4.2.      DEFINISI PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

Perancangan  sumber manusia adalah proses penyemakan semula keperluan sumber manusia organisasi bagi memastikan bilangan pekerja dan kemahiran yang diperlukan ada tersedia apabila diperlukan. Ia adalah proses memadankan penawaran sumber manusia dalaman dan luaran dengan permintaan organisasi iaitu jumlah jawatan kosong dalam organisasi yang dijangkakan dalam satu tempoh masa tertentu. Perancangan sumber manusia juga melihat bagaimana organisasi menilai penawaran dan permintaan sumber manusia. Dengan itu, perancangan sumber manusia menentukan bilangan dan keperluan sumber manusia yang perlu direkrut oleh organisasi. Oleh itu, perekrutan merupakan langkah seterusnya dalam aktiviti pengurusan sumber manusia yang dilakukan selepas perancangan sumber manusia yang baik dilakukan oleh sesebuah organisasi.


4.2.1    Perancangan Strategik Organisasi Dan Perancangan Sumber Manusia


v    Perancangan Strategik

Perancangan strategik merujuk kepada keputusan organisasi tentang apa yang ia mahu capai  (penyataan misi) dan bagaimana ia cuba untuk mencapainya. Apabila strategi organisasi telah dikenalpasti dan ditetapkan, maka fungsi pengurusan sumber manusia mestilah bergerak selari dengan strategi tersebut. Keselarian ini dapat memastikan kejayaan strategi organisasi di samping membantu organisasi  mencapai objektif-objektifnya. Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam membantu organisasi mengimplementasi perancangan strategiknya. Misalnya, setiap pengurus perlu  menanyakan soalan berikut: ‘berapa ramai pekerja yang mempunyai kemahiran tertentu yang diperlukan oleh organisasi untuk mencapai matlamatnya?’’ Oleh itu, proses perekrutan dan pemilihan perlulah memastikan organisasi memiliki jenis dan kemahiran sumber manusia yang sesuai bagi mencapai objektifnya.

1 comment:

Wayne said...

can u sent me the whole complete paper?

Post a Comment