OWNER MEMBERS

klik klik en nuff


ShoutMix chat widget

PENTADBIRAN PAMPASAN

BAB 9 : PENTADBIRAN PAMPASAN


9.1       PENGENALAN:

Penyediaan satu sistem pampasan yang berkesan adalah sangat penting bagi organisasi dalam mengekalkan keboleh saingannya. Sistem pampasan yang baik, dapat menarik, mengekal dan memotivasikan pekerja adalah merupakan satu alat yang amat penting bagi organisasi untuk mencapai matlamatnya manakala sistem pampasan yang lemah pula boleh membawa kepada ketidak keberkesanan bagi organisasi dan menimbulkan pelbagai masalah seperti lantik henti yang tinggi, kurangnya motivasi dan pelbagai masalah berkaitan produktiviti. Oleh itu, bab ini akan menerangkan elemen dalam sistem pampasan, struktur dan penilaian pampasan serta membincangkan bagaimana bentuk sistem pampasan yang berkesan.


9.2       DEFINISI PENTADBIRAN PAMPASAN

Istilah pampasan merujuk kepada semua bentuk pulangan kewangan dan faedah ketara yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada perhubungan pekerjaan (Bernadin dan Russell, 1998). Secara teorinya, pampasan terdiri drpd 3 elemen, iaitu:

i.                    Elemen motivasi – pampasan sebagai alat motivasi yang dinilai dari aspek sejauhmana sistem pampasan yang wujud dapat menggalakkan pekerja melaksana tugas sebaik yang mungkin.
ii.                  Elemen komunikasi -  dinilai dari aspek peranan kritikal yang dimainkan oleh pampasan dalam menyebar dan mengukuhkan nilai, budaya dan perlakuan yang diingini oleh organisasi.
iii.                Elemen strategik -  menekankan pampasan sebagai mekanisme penting yang membolehkan organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.



9.3       BENTUK PAMPASAN

Pampasan biasanya dikategorikan sebagai pampasan langsung & pampasan tidak langsung. Pampasan langsung meliputi semua bentuk pembayaran tunai yang diberikan kepada pekerja sebagai gaji asas, bonus, bayaran kerja lebih masa, komisen dan sebagainya. Pampasan tidak langsung pula merujuk kepada semua bentuk faedah pekerja sama ada yang diperuntukkan oleh undang-undang atau pun yang diberikan oleh organisasi bagi menghargai  pekerjanya. Pampasan tidak langsung meliputi cuti bergaji, pakej perlancongan, kemudahan perubatan dan kesihatan, kemudahan perumahan serta faedah istimewa untuk eksekutif.


9.3.1        PAMPASAN SECARA LANGSUNG

Pampasan  secara langsung ini boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu program upah dan gaji dan yang kedua ialah bayaran berdasarkan prestasi.

§  Program upah dan gaji
Ø  Meliputi perkara seperti gaji asas dan bayaran kerja lebih masa.

§  Bayaran berdasarkan prestasi
Ø  Meliputi kenaikan merit, bonus dan komisen. Bayaran berdasarkan prestasi boleh dianggap sebagai satu elemen pampasan yang penting, tetapi amalan organisasi biasanya memperuntukkan jumlah yang kecil bagi bayaran berdasarkan prestasi dalam pampasan keseluruhan yang diterima oleh pekerja (Bernadin dan Russell, 1998). Perkara ini terjadi kerana organisasi lebih menumpukan kepada sistem pembayaran pampasan secara tradisional.


Bagi memahami bagaimana organisasi menetapkan berapa jumlah bayaran atau upah yang akan dibayar kepada pekerjanya, beberapa kaedah penentuan gaji akan dibincangkan. Bab ini akan membincangkan kaedah sistem pekerjaan sebagai asas bagi penetapan gaji dalam organisasi. Kaedah ini merujuk kepada pembayaran gaji berdasarkan jenis dan bentuk pekerjaan yang dilakukan. Menurut kaedah ini sebelum penentuan gaji dibuat, perlulah pihak pengurusan menilai faktor - faktor yang membentuk campuran gaji bagi menentukan kadar yang perlu dibayar bagi sesuatu pekerjaan. Penentuan kadar tersebut dipengaruhi oleh nilai pekerjaan itu samada penting atau tidak pekerjaan tersebut kepada organisasi. Kemudiaannya, dengan membentuk struktur pampasan, barulah kadar dalam bentuk ringgit diberikan kepada pekerjaan tersebut.


1)   Komponen Bagi Campuran Gaji (Wage Mix)

Kadar yang dibayar bagi sesuatu pekerjaan dipengaruhi samada secara langsung atau tidak oleh faktor dalaman dan luaran. Perhubungan dan perkaitan yang dibentuk oleh faktor-faktor tersebut membentuk campuran gaji yang menentukan kadar gaji sesuatu pekerjaan sebagaimana yang ditunjukkan oleh gambarajah 9.1.




Ø  Faktor dalaman:
Faktor dalaman adalah sangat penting kerana faktor tersebut menunjukkan sejauhmana organisasi menilai pekerjanya sebagai satu sumber yang penting dan penilaian tersebut digunakan untuk menggubal dasar pampasan bagi organisasi.

i)    Dasar pampasan organisasi/ majikan

§ Setiap majikan mempunyai dasar sendiri bagaimana untuk menentukan sistem pentadbiran pampasan dilaksanakan. Objektif organisasi untuk menjadi pesaing yang kompetetif menawarkan pakej pampasannya akan menentukan kadar gaji yang akan dibayar kepada pekerja.

§ Sesebuah firma perlu menetapkan dasar pembayaran yang menunjukkan:
a)      Perhubungan gaji dalaman antara peringkat pekerjaan dengan tahap kemahiran.
b)      Kebolehsaingan organisasi berbanding pesaingnya dalam menawarkan upah dan gaji yang kompetetif.
c)      Dasar organisasi memberi ganjaran berdasarkan prestasi
d)     Keputusan pentadbiran berkaitan eleman di dalam sistem bayaran seperti premium lebih masa, jangka masa pembayaran, serta penentuan insentif jangka pendek dan jangka panjang.


i)        Nilai Relatif Pekerjaan

§ Merujuk kepada kepentingan sesuatu pekerjaan kepada organisasi.
§ Organisasi yang mempunyai program pampasan yang formal akan bergantung kepada penilaian pekerjaan dalam menentukan kepentingan pekerjaan tersebut.
a)      Penilaian pekerjaan adalah proses sistematik yang menentukan pekerjaan manakah yang perlu dibayar lebih tinggi berbanding pekerjaan lain dalam organisasi.
b)      Penilaian pekerjaan juga membantu organisasi menyelaras di samping mengawal struktur bayaran dalam organisasi itu sendiri.


ii)      Nilai Relatif Pekerja

§  Merujuk kepada sejauhmana kualiti dan ciri yang ada pada seseorang pekerja dinilai sebagai sesuatu yang penting bagi kejayaan organisasi.
§  Ditentukan melalui faktor seperti pengalaman, kemahiran, tahap pendidikan disamping sifat lain yang dianggap penting dalam memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
§  Akan tetapi, bagi pekerja yang telah berkhidmat dengan sesebuah organisasi, faktor utama yang menentukan nilainya ialah faktor prestasi atau pencapaian.


iii)    Keupayaan membayar oleh majikan

§  Menentukan berapa kadar upah dan gaji yang sanggup ditawar oleh majikan atau organisasi kepada pekerjanya.
§  Keupayaan membayar oleh sektor awam ditentukan oleh belanjawan di samping sumbangan daripada pembayar cukai.
§  Bagi sektor swasta pula, kesanggupan membayar ditentukan oleh keuntungan yang dibuat serta sumber kewangan lain yang dimiliki oleh firma tersebut.
§  Selain itu, faktor keadaan ekonomi dan persaingan juga memainkan peranan dalam menentukan keupayaan dan kesanggupan majikan untuk membayar pekerjanya.


Ø  Faktor Luaran
            Faktor luaran menentukan sejauhmana organisasi mementingkan pembayaran upah pada kadar yang kompetetif bagi memastikan organisasi dapat menarik, mengekal dan memotivasikan pekerjanya.

1.      Keadaan pasaran buruh

No comments:

Post a Comment