OWNER MEMBERS

klik klik en nuff


ShoutMix chat widget

Pengangkutan udara


DEFINISI:
Pengangkutan udara ialah satu perkhidmatan yang digunakan untuk menghantar barangan melalui udara dengan menggunakan kenderaan udara seperti kapal terbang,helikopter dan sebagainya..

KEBAIKAN MENGGUNAKAN KENDERAAN UDARA:
1.Masa
-Dengan menggunakan perkhidmatan ini masa yang digunakan dapat disingkatkan.Perkhidmatan ini dapat memberikan  kepuasan hati kepada pelanggan yang berurusan.

2.Ruang muatan luas
-Ruang muatan kapal terbang yang luas dapat memuatkan barangan atau kargo yang banyak dan pukal. Barangan yang di tempah akan diterima seperti yang di jangkakan.


3.Jaminan Keselamatan
-Dengan menggunakan perkhimatan ini keselematan akan dapat di jamin kerana kawalan keselamatan berada di tahap yang tinggi.

4.Penggunaan teknologi
-Teknologi yang tinggi digunakan dalam pengendalian barangan atau kargo. Seperti penghantaran binatang atau bahan letupan(danger) yang sensitif di kendalikan dengan teliti.

5.Kualiti barang terjamin
-Barang yang di tempah akan smpai dengan cepat dan pelanggang akan mendapat barang yang tidak rosak dan sempurna seperti yang di janjikan.





KEBURUKAN MENGGUNAKAN KENDERAAN UDARA:
1.Kos
-Penggunaan perkhimatan ini melibatkan kos yang tinggi. Kerana menggunakan teknologi yang tinggi,minyak yang mahal dan sebagainya.

2.Dokumen yang banyak
-Penggunaan dokumen yang banyak mungkin akan menyusahkan banyak pihak yang terlibat.pemprosessan dokumen yang banyak melambatkan proses penghantaran.

3.Cukai
-Cukai yang dikenakan sangat tinggi dengan menggunakan kenderaan udara. Cukaiyang dikenakan ke atas barang juga tinggi.





4.Kemalangan
-Kemungkinan berlakunya kemalangan udara yang tidak di ingini memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,kesilapan teknikal yang di lakukan oleh juru terbang.

5.Tenaga buruh
-Tenaga buruh yang banyak di perlukan dalam pengendalian cargo.supaya kerja-kerja udara berjalan dengan lancar,cepat dan sempurna.

6.Pencemaran bunyi
-Perkhimatan ini member masalah kepada penduduk jika ia terbang terlalu rendah,ia menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi.Kerana kenderaan ini mengeluarkan bunyi yang kuat.



                           JENIS MUATAN
1.Haiwan
-Perkhidmatan ini juga boleh digunakan untuk mengimport atau mengesport haiwan seperti gajah,badak,ikan paus dan sebagainya.

2.Barangan
-Selain binatang perkhidmatan ini juga boleh digunakan untuk menghantar barang-barang yang beharga contohnya emas,berlian dan sebagainya..

3.Orang awam
-Kenderaan ini juga boleh dijadikan sebagai perkhidmatan awam.Orang awam boleh menggunakan kenderaan ini untuk pergi ke suatu tempat.Tetapi biasanya kenderaan ini digunakan oleh orang awam apabila mereka ingin pergi ke suatu tempat yang jauh.



4.Kenderaan
-Pengangkutan udara juga boleh membawa kenderaan yang lebih bersaiz kecil daripada nya.Untuk mengankut kenderaan biasanya menggunakan kapal terbang kargo.contoh kenderaan yang dibawa ialah kereta,motor dan sebagainya.

5.Bahan letupan
-Kapal terbang kargo (cargo airlines) boleh mengankut kontena yang mengandungi bahan letupan untuk ke suatu tempat yang dingini.Dengan menggunakan kenderaan ini bahan letupan ini akan lebih cepat sampai.

6.Bahan pertanian
-Dengan menggunakan kapal terbang bahan yang di gunakan untuk tujuan pertanian juga boleh di eksport ke negara luar.contoh bahan pertanian yang di eksport ialah bahan yang tiada oleh negara lain,baja dan sebagainya.

Sekian……..




No comments:

Post a Comment