OWNER MEMBERS

klik klik en nuff


ShoutMix chat widget

Sabarlah Wahai Hati

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman;
"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..
Atau bagaimana?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat. [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah;
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.
Allah berfirman lagi;
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".
Muhasabah buat diri ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
Amin ya rabb..

artikel ini diambil dari
Artikel iluvislam.com
»»  READMORE...

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.
»»  READMORE...

Wanita Pertama Menghuni Syurga


Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.
Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.
Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.
Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.
Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.
Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam..

artikel ini di ambil dari
»»  READMORE...

rinduku pada mu kasih


Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.
Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,
Sedihnya aku,
Lukanya hati aku,
kerana disisimu bukan AKU,
Maafkan aku kerana terpaksa putus denganmu walaupun perit,
Akan aku gagahi jalani hidup ini tanpamu,
Kerana semuanya ada padamu,
Kasih, Sayang, Cinta yang ada hanya adalah RINDU.
»»  READMORE...

Bagaimana cara memberitahu wanita anda menyukainya..



1) Dapatkan terinspirasi. Lihat kembali pada saat anda sedang menikmati
sekitarnya, mendapati bahawa anda mempunyai banyak persamaan, atau menyedari
bahawa anda telah menghormati luar biasa untuknya.

2) Letakkan diri dalam sepatunya. Berdasarkan pada apa yang anda tahu tentang dia,
membayangkan apa bahasa atau situasi yang mungkin membuat tidak nyaman,
dan mengelakkan mereka. Jika anda tidak yakin, kesalahan pada sisi hati-hati. Mengelakkan
overemphasising daya tarikan penampilan fizikalnya.

3) Pilihlah usaha yang tepat untuk pendedahan anda, sehingga anda
boleh mengelakkan embarassmant dan kecanggungan. Muat belayar, dan mengatakan itu
admist air ...

4) Buatlah diri anda yang jelas. Anda tidak perlu samar menjadi bijaksana.
Daripada pembungkus perasaan anda romantis dalam teka-teki, jelas
menyampaikan atraction anda.

5) Biarkan pintu terbuka untuk tanggapan, tanpa menekan
nya. Biarkan dia tahu bahawa anda ingin tetap ramah, bahkan jika anda
tidak mengembangkan hubungan yang lebih dekat.

6) Berikan pernyataan anda masa untuk meresap Mungkin perlu beberapa
hari atau bahkan berminggu-minggu. Setelah anda mula menghitung bulan-bulan berlalu, anda
selamat boleh membuat taruhan ia tidak tertarik.
»»  READMORE...

Lelaki Tak Suka Wanita Yang

  1. Wanita yang suka mengumpat
  2. Sombong dan bongkak
  3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  4. Hisap rokok
  5. “ Kau ni macam orang tiga suku! ” Mengutuklah tu…
  6. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  7. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  8. “ Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul! ”
  9. “ Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan.. ”
  10. Wanita yang hipokrit
  11. Pembohong dan suka mencari alasan
  12. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  13. Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  14. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  15. Pengotor dan pemalas
  16. Tak bertanggungjawab langsung
  17. Tak pandai mengemas
  18. Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  19. Kuat berleter walau hal remeh temeh
  20. Boros berbelanja
  21. Tak tahu memasak
  22. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  23. “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  24. Tak pandai bergaya atau selekeh
  25. Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  26. Suka mengungkit-ungkit hal -hal lalu
  27. Panas baran
  28. Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  29. Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  30. Tak mahu mengakui kesilapan dan ego


    "aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu jika kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku padamu.."

    »»  READMORE...

    KASIH


    KASIH
    Menanti esok fajar menyinsing..
    Fajar esok,pasti tiba untuk kita,
    membawa bersama penawar segala kerinduan,
    untuk menyingkir segala kesunyian

    Kesunyian..
    Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
    Kesunyian..
    Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
    Kesunyian..
    Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

    Kiranya ada tercalar dihati,
    kiranya ada tercalar di kata,
    buat kenangan akhirnya,
    sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.

    Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,
    terasa diri ini terlalu sunyi,
    ketika itu,
    suaramu aku terdengar, membisikkan sayang
    menyatakan cinta.

    Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
    Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
    akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

    Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
    sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.

    Kau mengubati kepahitanku musim lalu
    kuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjau
    oanak duri kehidupan ini

    Bayangan semalam menghantui jiwakulagi,
    Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginya
    untuk hidup bersamamu.

    Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu 
    padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.

    kasih,kupohon padamu..
    Kuharap daripadamu..
    Lontarkan aku..
    Secebis harapan,
    sekelumit kasih..
    untuk kuubati kelukaan lalu

    Kasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,
    walau..sepi tanpa berkasih.

    TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridah
    pengalaman bersamamu,terbayang diingatan.

    Pada kedewasann yang meniti,kulukiskanimpian,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku 
    kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.

    Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..
    Harapan yang tak pasti.

    Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana Tuhan
    Maha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.

    Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.BErsyukur
    atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan

    Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimana
    nanti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.

    Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari. Percayalah,jika kau membenci bicaraku
    kini,pasti rinduku tak terubat selamanya.

    Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan 
    sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.

    Hujan malam..seorang gadiss dibuai sepi. Didadanya ada luka. Dihatinya da sengsara.. di dihatiku
    sebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata

    Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpama
    daun daun kering ditaman terasing.

    Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpi
    andai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.

    Cinta ..sebuah anugerah nukilan jiwa.Manis hadirnya pengubat lara.
    Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.

    Bulan tak selalu purnama. mentari takkan sentiasa menyinar.Mendung tak semestinya hujan andai 
    cinta kita sekuat akar.


    Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..
    Cinta kita pasti akan menyemarak.

    Cinta sejati tanpa bersyarat,andai bersyarat reputlah ia.Cinta sejati tak pohon dibalas,kerana 
    ia kekal sepanjang hayat.

    Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan. Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan.
    Cita sejati tak berkurang dengan keburukan.

    Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.Cinta sejati tak pernah terancam. Cinta sejati
    tak pernah curiga.

    Cinta sejati pertimbangan adil.Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi.Cinta sejati
    semakin tua semakin sayang.

    Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu yang ayu dan manis.Bagiku.. lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.

    Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.Jernih sinarku adalah kalimat harapan.

    Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagiansebuah kebahagian yang akan kau berikan.

    Akukah yang engkau cinta? Engkaukah yang aku cinta?Bicaralah sepuas hatimu,bicaralah semahumu.
    bicara cinta takkan berakhir disini.
     


    »»  READMORE...

    introduction


    hai i am new.tak tahu  nk ckap pe. ermm... mula-mula dengar pasal blog dari member.rasa cam best je.ala bosan la tulis cam diari plak rasa , bila dah lama2 2 rasa cam best plak.. lawak, sdih and macam-macam ag. tetiba rasa cam nak je ada blog sndri . tu yang buat ni and sekarang ni i have my own blog..~weeeeeee.

       nk tlis pe tah, idea bnyak mncurah-curah. tapi tak pandai nak mengarang plak. sbnrnya dh ktandusan idea saje ja wt cita.. hihihik.
    k la guyz nanti aku update g... :) bye 4 now!
    »»  READMORE...