OWNER MEMBERS

klik klik en nuff


ShoutMix chat widget

PERSEKITARAN PERUNDANGAN

BAB 2.0  : PERSEKITARAN PERUNDANGAN


2.1  PENGENALAN

Dalam persekitaran pekerjaan, kebanyakan dari pekerja bekerja untuk mendapatkan wang. Jika gaji yang diterima sudah mencukupi itu dirasakan sudah memadai. Namun begitu terdapat banyak perkara yang layak diterima oleh pekerja cuba disembunyikan oleh para majikan daripada pekerja. Malah banyak hak-hak pekerja yang tidak diberikan kepada mereka  dan pekerja sendiri tidak sedar akan kewujudan hak-hak tersebut. Bab ini akan menjelaskan tentang beberapa akta penting yang perlu diketahui oleh semua pihak sama ada pekerja, majikan atau mana-mana pihak yang berkepentingan dalam industri. Akta-akta ini diwujudkan untuk melindungi hak semua pekerja dan juga majikan. Ia akan dijadikan sebagai garis panduan untuk menjalankan operasi syarikat. Semua tindakan yang dilakukan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam akta yang berkaitan. Mana-mana pihak yang melanggar akta yang termaktub akan dikenakan denda.

Dalam bab ini, kita akan membincangkan secara ringkas mengenai perundangan yang berkait dengan pekerja iaitu Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951.


2.2 AKTA KERJA 1955

Akta Kerja 1955 menyentuh tentang hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja di sektor swasta. Akta ini dipinda pada tahun 1989 dan 1995. Ia menetapkan standard minima bagi syarat-syarat penggajian pekerja dan melindungi mereka daripada dieksploitasi.


2.2.1  Objektif :

(i)                  Untuk membekalkan standard minimum mengenai waktu kerja dan kerja lebihmasa, cuti-cuti rehat mingguan, cuti am, cuti tahunan dan cuti sakit, faedah-faedah bersalin, penamatan kerja dan rentikerja sentara dan lain-lain.

(ii)                Melindungi pekerja berhubung dengan kontrak, gaji, jam bekerja, cuti rehat mingguan dan perlindungan kepada pekerja-pekerja wanita.

(iii)              Mengaturkan pekerjaan pekerja-pekerja asing mengenai diskriminasi dan pemberhentian.

(iv)     Menyediakan satu kemudahan kepada pekerja-pekerja dan majikan untuk menuntut semua wang tunai yang terhak ke atas mereka di bawah kontrak perkhidmatan/Akta ini.

(iv)              Membekalkan aturcara pentadbiran/penguatkuasaan Akta ini dan hukuman terhadap pesalah-pesalah.
2.2.2  Skop / liputan:

Akta ini terpakai meliputi kategori orang-orang seperti berikut:

(i)        Mana-mana orang, tidak mengira pekerjaannya yang bergaji tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
(ii)       Mana-mana orang, tidak mengira gajinya, di mana dia:

(a)       digaji dalam pekerjaan buruh kasar termasuk sebagai seorang artisan atau aperentis.
(b)      digaji dalam operasi atau pengendalian mana-mana kenderaan berjentera untuk pengangkutan penumpang atau barangan, untuk upah atau untuk perdagangan.
(c)       menyelia atau mengawasi pekerja-pekerja lain yang digajikan dalam pekerjaan buruh kasar oleh majikan yang sama.
(d)       digajikan dalam mana-mana kapal dan bukan seorang pegawai yang disahkan, pemegang suatu sijil tempatan dan tidak membuat perjanjian di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, atau
(e)       digajikan sebagai seorang pekerja domestik.


Catitan:         
Akta ini tidak melepaskan majikan-majikan dan pekerja-pekerja dari kewajipan dan tanggungjawab mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Walau bagaimanapun pekerja-pekerja yang bergaji lebih dari RM1,500.00 tetapi kurang dari RM5,000.00 sebulan juga layak membuat tuntutan melalui Pejabat Tenaga Kerja bagi gaji dan lain-lain bayaran tunai yang mereka berhak mendapat mengikut kontrak perkhidmatan mereka.


2.2.3  Tanggungjawab Majikan


  • Menyimpan daftar yang mengandungi maklumat berhubung dengan pekerja-pekerjanya sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Kerja 1957.

  • Memberi 1 salinan syarat-syarat perkhidmatan yang mencatitkan semua terma-terma perkhidmatan yang ditetapkan di bawah Peraturan 5(b) Peraturan-Peraturan Kerja 1957 kepada pekerja.

  • Memberi 1 salinan slip gaji kepada pekerja setiap kali membayar gaji.

  • Membenarkan pekerja memasuki, menyertai atau menubuhkan Kesatuan Sekerja.

  • Memberi notis penamatan kerja secukupnya mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang dipersetujui atau seksyen 12 Akta Kerja 1955 kepada pekerja.

  • Menggantung perkhidmatan pekerja tidak lebih 14 hari bagi tujuan penyiasatan jika pekerja dituduh Salahlaku di bawah seksyen 14 Akta Kerja 1955.

2.2.4  Tanggungjawab Pekerja

§  Mematuhi semua terma dan syarat perkhidmatan yang dipersetujui bersama majikan.

§  Memberi notis berhenti kerja mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan jika ingin berhenti kerja.

§  Tidak ponteng kerja melebihi 10% jumlah hari kerja dalam setahun jika tidak akan kehilangan hak mengambil cuti tahunan.

§  Hadir kerja sehari sebelum dan sehari selepas cuti kelepasan am yang dipilih oleh majikan jika hendakkan gaji cuti kelepasan am.

§  Memaklumkan kepada majikan dalam tempoh 48 jam sekiranya tidak hadir kerana cuti sakit.

No comments:

Post a Comment