OWNER MEMBERS

klik klik en nuff


ShoutMix chat widget

pengenalan akta pekerja

 pengenalan akta pekerja

Tekanan akibat daripada kesedaran di peringkat antarabangsa (misalnya WTO) dan dari dalam negeri (misalnya melalui NGO-NGO seperti MTUC), serta keinsafan semua pihak (kerajaan dan swasta) yang makin meningkat (dan menonjol) dalam hal keselamatan pekerja, termasuk di tapak bina telah membawa kepada tindakan susulan pengimplementasian langkah keselamatan diambil.  Salah satunya ialah melalui cabang undang-undang.
Dalam perbincangan di sini, “keselamatan pekerja” merujuk kepada keselamatan pekerja itu daripada bencana kecederaan, kematian atau kerosakan tubuh badannya.  Aspek kesedaran, perspektif undang-undang, pula merangkumi kesedaran oleh pihak berkuasa sendiri, majikan (kontraktor, subkontraktor, tuanpunya projek dan konsultan projek), dan kesedaran pekerja itu sendiri.  Skop “kesedaran” dan “menyedarkan” ini nampaknya merangkumi ketiga-tiga pihak itu, termasuk mengimplementasikan kesedaran itu sendiri.
 UNDANG-UNDANG BERKAITAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA – PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
Pihak Berkuasa dan Klien Projek
Di pihak berkuasa, sekurang-kurangnya ada dua undang-undang bertulis yang relevan di sini iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (disebut AKKP 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (disebut AKJ 1967).  Di dalam AKKP 1994, ditekankan mengenai tugas-tugas am majikan dan pekerja dalam hal keselamatan. Seksyen 15 AKKP 1994 menekankan bahawa adalah menjadi tugas setiap majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat serta suasana kerja yang selamat.  Secara


khususnya, menurut Seksyen 15(1) AKKP 1994, tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak bina) merangkumi:
(a)            penyediaan dan penyenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan;
(b)            diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu adalah selamat;
(c)            memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja;
(d)            penyenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat.
(e)            suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.Perkara-perkara di atas perlu diterjemahkan kepada pernyataan bertulis polisi keselamatan oleh majikan (Seksyen 16 AKKP 1994).

 Pihak Pekerja dan Kontraktor Projek
Di pihak pekerja sendiri, menurut Seksyen 24 AKKP 1994, mereka dikehendaki:
(a)            mengambil langkah yang munasabah dalam menjadi keselamatan mereka (yakni berhati-hati semasa bekerja);
(b)            memberi kerjasama kepada majikan dalam pengimplementasian Seksyen 15(1) yang dinyatakan sebelum ini;
(c)            sentiasa memakai atau mengguna peralatan perlindungan atau pakaran keselamatan yang disediakan majikan semasa bekerja.
(d)            mematuhi sebarang arahan atau langkah-langkah keselamatan yang diberi oleh majikan.
Perkara-perkara di atas juga amat diharapkan diimplemen oleh kontraktor utama (Maule, K. 1998).   Malah penwujudan Kod Praktis Industri (Seksyen 37 & 38), Pegawai dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Bahagian VII) AKKP, 1994, menggambarkan betapa undang-undang perihatin dalam keselamatan pekerja.

LANGKAH-LANGKAH DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIPERLUKAN
Di bawah Statut
 Jika kita jengok kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967), terutama Bahagian II Akta, ia menekankan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti keselamatan pekerja yang perlu diambil oleh semua pihak di dalam industri (terutama oleh majikan).  Ini temasuklah:
(a)            menentukan kekukuhan binaan, lantai, atas, laluan, tangga, tempat bekerja yang selamat untuk pekerja.
(b)            borang dan bahan yang disimpan selamat kepada pekerja.
(c)            kaedah kerja (seperti cara mengangkat beban) yang tidak menyebabkan/memungkinkan mencederakan pekerja;
(d)            keselamatan daripada kebakaran.
(e)       mesin, jentera dan alatan kerja yang dipasang, dibaiki dan diselenggara perlulah mengambilkira keselamatan pekerja (yang menggunakannya atau mungkin menerima kesan daripadanya).
   


Tajuk: Akta Keselamatan pekerja dan Kesihatan

 

 

 

 

Pemakaian


            (1)       Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua tempat kerja yang dalam bidang kuasa Akta yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan kecuali bahan kimia yang -

(a)          ditakrifkan sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304];

(b)          barang makanan;

(c)          berbahaya kepada kesihatan semata-mata oleh sebab sifat mudah meletup atau mudah terbakar, atau semata-mata kerana bahan kimia tersebut berada pada suhu tinggi atau rendah atau pada tekanan tinggi; dan

(d)          keluaran farmaseutikal.

(2)          Bagi maksud peraturan ini, “keluaran farmaseutikal” ertinya sesuatu dadah dalam bentuk dos farmaseutikal untuk digunakan oleh manusia sebagai ubat.

Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri


            (1)       Jika apa-apa kewajipan dikenakan oleh Peraturan-Peraturan ini ke atas seseorang majikan berkenaan dengan pekerjanya, dia hendaklah, setakat yang praktik, dikenakan kewajipan yang serupa berkenaan dengan mana-mana orang lain yang mungkin terjejas oleh kegiatan kerja yang dijalankan oleh majikan itu, sama ada sedang bekerja atau bukan sedang bekerja, kecuali kewajipan majikan –
(a)          di bawah peraturan 26 tidak terpakai bagi orang yang bukan pekerjanya, melainkan jika orang itu berada di premis dan menjalankan kerja untuk majikan dan

(b)          di bawah peraturan 27 tidak terpakai bagi orang yang bukan pekerjanya.

(2)          Peraturan-Peraturan ini, kecuali peraturan 26 dan 27, hendaklah terpakai bagi orang yang bekerja sendiri sebagaimana yang ia terpakai bagi majikan dan pekerja.



 

Daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan


            (1)       Seseorang majikan hendaklah mengenalpasti dan merekodkan dalam suatu daftar semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di tempat kerja.

            (2)       Daftar hendaklah disenggarakan dalam keadaan teratur dan baik dan dikemas kini dari semasa ke semasa dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)          senarai semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan;

(b)          Risalah Data Keselamatan Kimia semasa bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kecuali racun makhluk perosak yang hendaklah mempunyai maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III;

(c)          jumlah purata yang digunakan, dikeluarkan atau disimpan dalam sebulan atau setahun mengikut mana-mana yang terpakai bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;

(d)          proses dan kawasan kerja yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan; dan

(e)          nama dan alamat pembekal setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(3)          Daftar hendaklah mudah didapatkan oleh semua pekerja di tempat kerja yang boleh terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(4)          Kehendak subperaturan (1) dan (2) tidak terpakai jika majikan telah mematuhi kehendak peraturan 9 dan subperaturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U.(A) 139/89].

Had siling


Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa pendedahan mana-mana orang kepada mana-mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual I pada bila-bila masa tidak melebehi had siling yang ditetapkan bagi bahan kimia itu dalam Jadual.


Purata berpemberat masa lapan jam


            (1)       Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa pendedahan mana-mana orang kepada mana-mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual I dalam mana-mana giliran kerja lapan jam bagi suatu minggu kerja tidak melebihi kepekatan di udara purata berpemberat masa lapan jam yang ditetapkan bagi bahan kimia itu dalam Jadual.

            (2)       Walau apa pun subperaturan (1), pendedahan mana-mana orang kepada mana-mana bahan kimia berbahaya kepada yang disenaraikan dalam Jadual I, tidak boleh melebihi had pendedahan maksimum untuk bahan kimia itu semasa giliran kerja.

Pematuhan had pendedahan yang dibenarkan dengan menggunakan alat pernafasan

            (1)       Bagi maksud menentukan sama ada majikan telah mematuhi had pendedahan yang dibenarkan, tahap perlindungan yang diberikan oleh alat pernafasan bagi tempoh yang alat pernafasan itu dipakai hendaklah diambil kira.

(2)          Tempoh yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dipuratakan dengan tahap pendedahan kepekatan di udara semasa tempoh yang alat pernafasan tidak dipakai untuk menentukan pendedahan purata berpemberat masa harian seseorang pekerja.

            (3)       Bagi maksud peraturan ini, “tahap perlindungan” ertinya nisbah kepekatan di udara bagi bahan cemar di luar alat pernafasan dengan kepekatan bahan cemar di dalam bahagian muka alat pernafasan.



Penaksiran risiko kepada kesihatan


            (1)       Seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada apa-apa bahan kimia berbahaya kepada kesihaan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis mengenai risiko yang terhasil daripada bahan kimia itu kepada kesihatan pekerja.

            (2)       Penaksiran yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi yang berikut:

(a)          Penaksiran risiko kepada seseorang pekerja akibat daripada pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;

(b)          kaeadah dan tatacara yang diterima pakai dalam penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.



(c)          sifat bahaya kepada kesihatan;

(d)          tahap pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;

(e)          risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada penggunaan dan pelepasan bahan kimia daripada proses kerja;

(f)           langkah-langkah dan tatacara yang dikehendaki untuk mengawal pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;

(g)          langkah-langkah, tatacara dan kelengkapan yang perlu untuk mengawal apa-apa pengeluaran secara tidak sengaja sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan akibat daripada kebocoran, penumpahan, atau kegagalan proses atau kelengkapan;

(h)          keperluan program pemantauan pendedahan pekerja;

(i)            keperluan program pengawasan kesihatan; dan

(j)            kehendak bagi latihan dan latihan semula pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 22.

(3)          Jika sesuatu kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dimulakan sebelum Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa, majikan hendaklah menjalankan penaksiran dalam masa satu tahun dari tarikh Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa.

Kajian semula penaksiran


Penaksiran yang dijalankan di bawah peraturan 9 hendaklah dikaji semula jika -

(a)          terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengannya penaksiran itu dibuat;

(b)          lebih dari lima tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir; atau

(c)          diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Penaksiran hendaklah dijalankan oleh pengapit


Majikan hendaklah memastikan bahawa mana-mana penaksiran yang dijalankan menurut Bahagian ini dijalankan oleh seseorang pengapit.

Laporan penaksiran risiko kepada kesihatan


            (1)       Mana-mana orang yang dilantik oleh majikan di bawah peraturan 11 untuk menjalankan apa-apa penaksiran hendaklah, dalam masa satu bulan dari penyiapan penaksiran itu, memberi kepada majikan laporan penaksiran itu.



            (2)       Jika penaksiran yang dijalankan di bawah subperaturan (1) menunjukkan bahawa sesuatu tempat kerja, loji, bahan atau proses mungkin menyebabkan bahaya segera kepada nyawa atau harta benda, orang yang menjalankan penaksiran hendaklah dengan segera memaklumkan kepada majikan tentang bahaya itu.

Laporan penaksiran


            (1)       Majikan hendaklah memastikan bahawa laporan penaksiran yang dibuat menurut peraturan 9 atau 10 disenggarakan dalam keadaan teratur dan baik untuk tempoh tidak kurang dari tiga puluh tahun.

            (2)       Majikan hendaklah menyediakan laporan penaksiran untuk pemeriksaan apabila diminta oleh Ketua Pengarah atau oleh mana-mana pekerja yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.



Tindakan untuk mengawal pendedahan



       Jika sesuatu laporan penaksiran menunjukkan bahawa tindakan dikehendaki untuk menghapuskan    atau mengurangkan pendedahan sebenar atau kemungkinan pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, seseorang majikan hendaklah mengambil apa-apa tindakan, yang boleh termasuk mengubah proses, amalan, tatacara kerja, loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan, dalam masa sebulan selepas menerima laporan penaksiran daripada pengapit.

a)    Majikan hendaklah memastikan bahawa semua langkah kawalan yang dilaksanakan di bawah subperaturan (1) mengurangkan tahap pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kepada tahap praktik yang terendah atau, bagi bahan kimia yang baginya telah diberikan had pendedahan yang dibenarkan, di bawah had itu.

Langkah-langkah kawalan


Majikan hendaklah mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melalui langkah-langkah kawalan yang berikut:

(a)          penghapusan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dari tempat kerja;

(b)          penggantian bahan kimia yang kurang berbahaya bagi bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;

(c)          pengurungan menyeluruh proses dan sistem pengendalian;

(d)          pengasingan kerja untuk mengawal pengeluaran bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;


(e)          pengubahsuaian proses parameter;

(f)           pemakaian kelengkapan kawalan kejuruteraan;

(g)          penerimaan pakai sistem dan amalan kerja selamat yang menghapuskan atau mengurangkan risiko kepada kesihatan; atau

(h)          mengadakan peruntukan bagi kelengkapan pelindung diri yang diluluskan.

(2)          Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat didokumenkan dan dilaksanakan.

(3)          Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat dikaji semula bila-bila masa terjadinya perubahan ketara kepada proses, kelengkapan, bahan atau langkah kawalan yang dipasang.

 

Penggunaan kelengkapan pelindung diri yang diluluskan


            (1)       Kelengkapan pelindung diri yang diluluskan hendaklah digunakan-

(a)          jika pemakaian langkah-langkah kawalan yang dinyatakan dalam perenggan 15(1)(a) hingga (g) tidak dapat dipraktikan;

(b)          sebagai suatu langkah sementara pada masa langkah kawalan yang lebih baik lain sedang direka bentuk dan dipasang; atau

(c)          jika langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi perenggan 15(1)(a) hingga (g) tidak dapat mengawal sepenuhnya pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(2)          Jika kelengkapan pelindung diri digunakan untuk mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, majikan hendaklah mengadakan dan melaksanakan tatacara tentang pengeluaran, penyenggaraan, pemeriksaan dan latihan dalam penggunaan kelengkapan pelindung diri yang diluluskan.


(3)           




Kelengkapan pelindung diri yang diluluskan yang diberikan kepada pekerja menurut subperaturan (1) hendaklah -

(a)          sesuai dengan jenis kerja yang mereka diambil kerja;
(b)          padan dengan pekerja;
(c)          tidak memudaratkan keadaan kesihatan atau perubatan pekerja; dan
(d)          mencukupi bekalannya dan mudah didapati oleh pekerja yang menghendakinya.

Kelengkapan kawalan kejuruteraan


             (1)       Mana-mana kelengkapan kawalan kejuruteraan yang disediakan menurut subperaturan 15(1)(f) hendaklah -


(a)          diperiksa pada lat tempoh yang sesuai oleh majikan, setiap lat tempoh tidak lebih dari satu bulan; dan

(b)          diperiksa dan diuji keberkesanannya oleh juruteknik higien pada lat tempoh yang sesuai, setiap lat tempoh tidak lebih dari dua belas bulan.


















Tiap-tiap kelengkapan kawalan kejuruteraan hendaklah disenggarakan dan dReka bentuk, pembinaan dan pentauliahan kelengkapan pengalihudaraan ekzos setempat

            (1)       Tanpa menjejaskan keperluan peraturan 17(1), mana-mana peralatan pengalihudaraan ekzos setempat yang dipasang hendaklah -

(a)         direka bentuk mengikut standard yang diluluskan oleh jurutera profesional berdaftar dan dibina mengikut spesifikasi reka bentuk; dan

(b)         diuji oleh jurutera profesional berdaftar selepas pembinaan dan pemasangan untuk membuktikan bahawa peralatan itu memanuhi spesifikasi reka bentuk.

(2)         Bagi maksud peraturan ini, “jurutera profesional berdaftar” ertinya seseorang jurutera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138].

Rekod kelengkapan kawalan kejuruteraan


Rekod mengenai reka bentuk, pembinaan, ujian, penyiasatan, pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan kawalan kejuruteraan menurut peraturan 17 dan 18 hendaklah disenggarakan oleh majikan dan hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan apabila diarah oleh Ketua Pengarah.



 

Kewajipan majikan untuk memastikan pelabelan


            (1)        Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang dibekal atau yang dibeli olehnya dan digunakan di tempat kerja dilabelkan dan label itu tidak ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai atau dipinda.

            (2)        Jika label yang disebut dalam subperaturan (1) ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai atau dipinda pada masa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan itu sedang digunakan di tempat kerja, majikan hendaklah melabel semula bahan kimia itu.



Pelabelan semula


             (1)       Jika sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dipindahkan ke suatu bekas lain, selain bekas yang dibekalkan pada asalnya, dan kandungan bekas itu tidak digunakan dalam masa giliran kerja biasa, majikan hendaklah memastikan bahawa bekas itu dilabel semula.

             (2)       Jika kandungan bekas yang disebut dalam subperaturan (1) digunakan dalam masa giliran kerja biasa, majikan hendaklah memastikan bahawa bekas itu dilabel semula dengan nama kimia atau nama dagangan sebagaimana tertulis pada label asal.

            (3)       Jika kandungan bekas yang disebut dalam subperaturan (1) adalah bahan kimia yang digunakan dalam maklmal ujian kimia, bekas itu hendaklah dilabel semula mengikut subperaturan (2), sama ada kandungan itu digunakan atau tidak digunakan dalam masa giliran kerja biasa.

            (4)       Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), bekas itu tidak perlu dilabel semula jika bahan kimia berbahaya kepada kesihatan itu digunakan segera.

            (5)       Bagi maksud peraturan ini, “pelabelan” dan “pelabelan semula” ertinya pelabelan atau pelabelan semula -

(a)           dalam hal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U.(A) 143/97]:

(b)           dalam hal racun makhluk perosak, mengikut kehendak Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]; atau

(c)           dalam hal buangan terjadual, mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U.(A) 139/89].



Program pengawasan kesihatan


            (1)       Jika sesuatu penaksiran menunjukkan bahawa pengawasan kesihatan perlu untuk perlindungan kesihatan pekerja yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, majikan hendaklah menjalankan program pengawasan kesihatan.

(2)       Komponen pengawasan perubatan kepada program pengawasan kesihatan dalam subperaturan (1) hendaklah dijalankan oleh seseorang doktor kesihatan pekerjaan.

(3)       Jika seseorang pekerja terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual II, pengawasan kesihatan yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk pengawasan perubatan yang dijalankan pada lat tempoh yang tidak lebih dari dua belas bulan atau pada lat tempoh yang singkat sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor kesihatan pekerjaan atau seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang juga ialah seorang pengamal perubatan.

(4)       Majikan hendaklah memastikan bahawa rekod pengawasan kesihatan atau sesalinan rekod pengawsasan kesihatan itu disenggarakan dalam keadaaan teratur dan baik dan disimpan bagi tempoh tiga puluh tahun dari tarikh catatan terakhir yang dibuat padanya.

(5)       Majikan hendaklah menyediakan apabila diminta semua rekod yang dikehendaki disenggarakan di bawah subperaturan (3) kepada Ketua Pengarah untuk pemeriksaan dan penyiasatan.

(6)       Majikan hendaklah, selepas notis yang munasabah diberikan, membenarkan mana-mana pekerjanya mendapatkan rekod pengawasan kesihatan yang berhubungan dengan pekerjanya itu.



Perlindungan pemindahan perubatan

            (1)       Majikan tidak boleh membenarkan seseorang pekerja terlibat dalam dan hendaklah memindahkannya dari mana-mana kerja yang mendedahkan atau mungkin mendedahkannya kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan pada setiap kali yang dapatan, penentuan atau pendapat perubatan yang dinyatakan oleh pegawai keselematan dan kesihatan pekerjaan yang juga seorang pengamal perubatan atau oleh seseorang doktor kesihatan pekerjaan yang menunjukkan bahawa pekerja itu mengalami keadaan perubatan yang dapat dikesan yang menyebabkan meningkatnya risiko gangguan kesihatan jasmani kepada pekerja itu akibat pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(2)       Majikan, selepas diberitahu oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang juga seorang pengamal perubatan atau seorang doktor kesihatan pekerjaan mengenai hakikat itu, tidak boleh memebenarkan pekerja yang hamil atau pekerja yang menyusukan bayi terlibat dalam, dan hendaklah memindahkan pekerja itu daripada kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan pekerja itu kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

            (3)       Majikan hendaklah mengembalikan seseorang pekerja kepada kerja dahulunya -

(a)          bagi seseorang pekerja yang dipindahkan mengikut subperaturan (1), jika dapatan, penetuan atau pendapat perubatan berikutannya menunjukkan bahawa pekerja itu tidak lagi mengalami keadaan perubatan yang dapat dikesan; dan

(b)          bagi seseorang pekerja yang dipindahkan mengikut subperaturan (1), pada masa yang sesuai jika pekerja itu tidak lagi hamil atau menyusu bayi.

(4)        Bagi maksud peraturan ini, “pengamal perubatan” ertinya seseorang pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 5

 



Tanda amaran

            (1)        Jika sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan dalam mana-mana kawasan mengikut apa-apa cara yang berbahaya kepada kesihatan, mana-mana orang yang mungkin berada di kawasan itu atau yang boleh atau mungkin menanggung risiko akan terjejas oleh bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, majikan hendaklah memastikan bahawa –

(a)          tanda amaran ditampalkan di tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap pintu kawasan untuk memberi amaran kepada orang-orang yang memasuki kawasan yang berbahaya itu;

(b)          maklumat berkaitan lain diberikan kepada orang-orang yang boleh atau mungkin menghadapi risiko terjejas oleh bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

(2)       Majikan hendaklah memastikan bahawa tanda-tanda amaran yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini diterangi cahaya dan dibersihkan sebagaimana yang perlu supaya perlambangan mudah dilihat.

(3)        Bagi maksud subperaturan (1), tanda amaran hendaklah –

(a)          memberi amaran tentang bahaya;
(b)          ditulis dalam bahawa Kebangsaan dan bahasa Inggeris; dan
(c)          dicetak dengan warna merah tua berlatar belakangkan warna putih.

No comments:

Post a Comment